Tulkram , Rabu , 18/05/2005 – Pergerakan Pembebasan Islam, Hamas dengan kerjasama jawatankuasa untuk mempertahankan hak untuk kembali menganjurkan aktiviti-aktiviti sepanjang minggu bagi memperingati ulangtahun ke-57 Nakba (keganasan terhadap Palestin pada tahun 1948)
Pada hari Ahad, pergerakan tersebut mengadakan perhimpunan besar-besaran di khemah pelarian Tulkram, yang berarak melalui lorong-lorong di kawasan perkhemahan sambil perserta melaungkan slogan-slogan menyatakan hak untuk pulang dan mengangkat papan tanda dan kunci-kunci rumah mereka yang menandakan ketetapan mereka terhadap tanah air dan ketegasan untuk kembali.
Pada hari tersebut juga, Hamas mengadakan satu perhimpunan besar-besaran di bandar Tulkram di mana ratusan penduduk Palestin terlibat.
Para penghimpun berarak melalui jalan-jalan di bandar sambil memegang raplika Masjid Aqsa dan papan tanda menegaskan kebenaran hak mereka untuk kembali.
Awal minggu in, pergerakan telah menganjurkan tiga seminar di TV di mana penceramah membincangkan beberapa perkara di atas perkara bahawa menjadi hak semua rakyat Palestin untuk kembali ke tanah air mereka.
Hamas mendapat tempat di hati rakyat Palestin
Tambahan lagi, satu siri aktiviti, termasuk festival- festival, pameran bergambar, seminar televisyen akan diatur pada hari-hari mendatang.
Manakala, jawatankuasa bertanggungjawab kepada pelarian Palestin di Jordan bersama-sama parti pembangkang Jordan, institusi kerajaan, dan tokoh-tokon social pada hari Isnin mengadakan forum kebangsaan untuk memperingati peristiwa tersebut.
Perserta menyatakan sokongan penuh mereka terhadap rakyat Palestin dalam perjuangan mereka terhadap penjajahan Israel dan menegaskan hak pelarian Palestin untuk kembali kepada tanah warisan mereka.
Di tempat lain, satu perhimpunan besaran telah dianjurkan di kem pelarian Beirut Al-Rasheediya yang dihadiri oleh kumpulan pembuat undang-undang Lubnan dan wakil-wakil parti politik Lubnan.
Para penceramah memfokuskan terhadap hak untuk kembali kepada semua rakyat Palestin dan menyatakan kesatuan rakyat Lubnan kepada saudara-saudara Palestin mereka.
Pada hari Isnin, wartawan-wartawan Mesir dan Arab mengadakan satu majlis yang mana sebelum itu sendiket wartawan Mesir memperingati peristiwa yang sama.
Dalam majlis tersebut, para perserta mengangkat tinggi papan tanda mengutuk jenayah penjajahan Israel terhadap rakyat Palestin dan menegaskan hak untuk pulang bagi seluruh rakyat Palestin.
Satu filem dokumentari, bertajuk ?Kunci?, menampilkan kesusahan rakyat Palestin juga ditampilkan di dalam premis sendiket tersebut.
Satu majlis pembacaan puisi juga telah diadakan di sendiket tersebut di mana sajak-sajak yang dibacakan menyatakan sokongan penuh terhadap rakyat Palestin.
Dalam masa yang sama, institusi media dan maklumat Palestin dengan kerjasama rangkaian Qassr Al-Nile TV telah mengasakan simposium politik juga memperingati peristiwa tersebut yang mana kumpulan-kumpulan wartawan Palestin, ahli akedemik dan ahli politik mengambil bahagian.
Penceramah menumpukan terhadap keperitan hidup rakyat Palestin di bawah penjajahan Israel dan menyuarakan ketetapan mereka terhadap hak untuk semua pelarian Palestin kembali.
Juga pada hari Isnin, akhbar Al-Khaleej (Gulf) berpusat di Abu Dhabi menerbitkan satu artikel bertajuk ?Palestin dan Pengembalian?, untuk ulangtahun ke-57 Nakba yang menyentuh tentang keperitan yang dihadapi oleh rakyat Palestin di bawah penjajahan Israel.