
Rabu , 20/01/2010 – Tentera penceroboh Israel telah menculik 14 orang rakyat Palestin berhampiran selat laut Semenanjung Gaza dan Tebing Barat, kata saksi Palestin dan sumber keselamatan hari ini.
Menjelang Subuh, tentera laut Israel telah mengarahkan bot nelayan Palestin supaya berhenti di perairan Rafah di selatan Semenanjung Gaza dan mengarahkan 4 orang nelayan berenang menuju bot yang lengkap dengan senjata.
Israel menghadkan kawasan yang mana rakyat Palestin boleh menangkap ikan.Sementara itu di Tebing Barat, 10 orang rakyat Palestin ditangkap oleh tentera Israel di Hebron dan Nablus semasa operasi tengah malam di kem pelarian Al-Ein, Nablus.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa