Categories
Berita Semasa

Dr. Bahr kecam Israel buka tadahan air Gaza tanpa notis.

Rabu , 20/01/2010 – Dr. Ahmad Bahr, wakil ketua parlimen Palestin mengecam tindakan Zionis-Israel yang melepaskan air tadahan untuk Gaza yang menyebabkan puluhan rumah ditenggelami air.

Dr. Bahr menyebutkan ini merupaka tindakan jahat baru Zionis-Israel. Beliau juga menyeru masyarakat untuk membantu mereka yang menjadi mangsa. Beliau mencadangkan agar-agar segala tindakan kejam Zionis-Israel di kumpul bagi menjadikan bukti kezaliman perang yang dilakukan Zionis-Israel. Beliau dan ahli parlimen Palestin yang lain tidak akan senang selagi mana nasib rakyat Palestin di ceroboh.

Dr. Bahr menyeru negara-negara Arab dan pihak antarabangsa agar lebih serius menangani kezaliman Zionis-Israel.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu ‘Umair