
Rabu , 20/01/2010 – Hakim Shalalde, ahli majlis Sa’ir di daerah Al-Khalil, telah dikeluarkan daripada sel tahanan di penjara Ramallah dan dihantar ke hospital setelah kondisinya bertambah teruk akibat parah penyeksaan.
Kaum kerabat Shalalde mengatakan bahawa beliau berada dalam kesihatan yang baik dua bulan lalu. Mereka mengatakan bahawa Shalalde perlu menjalani kateterisasi di hospital Al-Ahli pada Isnin nanti.
Dia dibawa ke tahanan PA selepas sepuluh hari pembebasannya dari penjara Israel di mana beliau ditahan selama dua tahun.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : nurul