
Rabu , 20/01/2010 – Yayasan Al-Aqsa untuk pengumpulan dana dan pemeliharaan warisan memberi amaran runtuhan di kawasan Silwan, selatan Masjid Al-Aqsa akan berulang, selepas mendapan terbaru berlaku akibat aktiviti penggalian bawah tanah Israel. Laporan yayasan itu dibuat pada hari Isnin lalu.
Dalam satu kenyataan media, Yayasan Al-Aqsa memaklumkan bahawa runtuhan terbaru berlaku selepas solat Subuh pada jarak 300 meter dari Masjid Al-Aqsa. Di bawahnya terdapat sebahagian terowong daripada jalinan beberapa terowong yang dibina Israel di bawah Kota Lama di Jerusalem.
Menurut yayasan itu, kejadian mendapan yang berulang mengesahkan bahawa Israel telah meluaskan lagi kawasan penggalian bawah tanah, sesuatu yang memberi ancaman serius terhadap Silwan dan masjid suci itu.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa