
Jumaat , 22/01/2010 – Ezzet Al-Resheq, ahli biro politik Hamas, mengatakan bahawa Gerakan ini terus berminat untuk memelihara hubungan baik dengan Mesir dengan melupakan krisis lalu.
Resheq, bercakap kepada ‘Asabeel’ akhbar mingguan Jordan yang diterbitkan pada setiap hari Ahad, menyatakan kekesalan beliau mengenai pembinaan tembok besi bawah tanah di Mesir di sepanjang sempadan semenanjung Gaza.
Beliau berkata “ kami berharap agar bulldozer tersebut (yang digunakan untuk membina tembok) digunakan untuk membina semula Gaza bukannya tembok tersebut”.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez