
Jawatankuasa tahanan bergabung dengan beberapa angkatan nasional dan Islam di Semenanjung Gaza dengan tegasnya mengecam Israel kerana ugutan untuk membuang 14 tahanan yang memenuhi terma mereka, mengatakan bahawa ancaman tersebut sebagai mencerminkan dasar pembersihan etnik yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.
Jawatankuasa menekankan bahawa pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa dituntut untuk bertindak terhadap tindakan Israel seperti represif dan amalan-amalan rasis terhadap tahanan Palestin.
Jawatankuasa juga turut menyeru Negara-negara Eropah, Arab dan Muslim bekerjasama untuk menekan Israel agar menghentikan pengasingan banduan dari tanah air mereka dan membolehkan keluarga untuk melawat anak-anak mereka.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez