Jajahan Jerusalem , Khamis , 19/05/2005 – Sheikh Yousef Juma Salama, menteri Awkaf PA, telah memberi amaran bahawa Masjid Aqsa yang dimuliakan oleh Israel di jajahan Jerusalem menantikan detik kemusnahan.
Dia memberitahu laman web Eilaf bahawa kumpulan fanatik Yahudi telah menyediakan segala keperluan untuk yang dikatakan kuil untuk dibina setelah Aqsa dihancurkan dan kuil tersebut dibina di tempat tersebut.
Salama berkata bahawa fanatic Yahudi telah menyediakan pelita emas yang akan diletakkan di atas kuil tersebut setelah pembinaannya tamat.
Pihak Israel tidak akan dapat menemui masa terbaik untuk melaksanakan perancangan mereka melainkan pada masa ini, menurut menteri tersebut, menyatakan kelemahan Arab dan Islam serta berat sebelah antarabangsa terhadap negara Hebrew tersebut.
Bagaimanapun Salama menegaskan bahawa rakyat Palestin akan mempertahankan cubaan untuk meletupkan tapak suci tesebut, ?Kami tidak akan membenarkan mereka untuk menyerang Aqsa melainkan atas mayat kami?.
Bagi dirinya, Sheikh Tayseer Al-Tamimi, mewartakan satu kenyataan awal semalam menuduh kerajaan Israel berpakat dengan fanatik Yahudi, yang merancang untuk menghancurkan Aqsa.
Beliau menyatakan pembebasan satu kumpulan fanatik yang ditangkap atas tuduhan merancang untuk meletupkan Aqsa telah dibebaskan dengan ikat jamin kerana mereka tidak melakukan perkara tersebut!!!