
Jumaat , 22/01/2010 –Presiden Parlimen Eropah, Jerzy Buzek telah menyatakan sokongan penuh ke atas kempen antarabangsa pembebasan ahli parlimen Palestin yang dipenjarakan lebih 3 tahun dalam penjara Israel.
Jerzy berkata demikian dalam satu pertemuan di antara delegasi ahli parlimen Eropah dan delegasi ahli parlimen Palestin yang dibebaskan dari penjara Israel dan berharap lebih ramai ahli parlimen Palestin akan dibebaskan dengan segera.
Israel sehingga kini menahan 17 ahli parlimen Palestin dimana 14 daripada mereka adalah wakil Hamas, 2 wakil Fatah dan 1 wakil PFLP.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous