Categories
Berita Semasa

Jawatankuasa kerajaan merayu supaya desak Israel agar tunduk kepada laporan Pertubuhan Amnesti Antarabangsa.

Jumaat , 22/01/2010 – Jawatankuasa kerajaan untuk penamatan pengepungan merayu kepada masyarakat antarabangsa dan PBB agar mengenakan tekanan kepada Israel supaya memberi respon kepada laporan Pertubuhan Amnesti Antarabangsa (AI) yang menggesa Israel menamatkan pengepungan ke atas Semenanjung Gaza yang semakin menderita.

Jawatankuasa itu berkata bahawa pihak AI telah mendedahkan laporannya tentang kekejaman penjajahan dan pengepungan Israel.

Jawatankuasa itu turut menghargai laporan yang dibuat dan menggesa usaha menyeluruh masyarakat antarabangsa bagi membantu menamatkan pengepungan dan penderitaan penduduk Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa