Categories
Berita Semasa

Hussein menyelar tindakan Mesir membina tembok atas dasar kedaulatan.

Isnin, 25/01/2010 – Hasan Hussein, seorang penulis Palestin dan bekas pengarah dewan kebangsaan Palestin, menyatakan rasa terkejut dengan keputusan Mesir untuk membina sebuah dinding besi di sempadan dengan Gaza atas dasar kedaulatan.

Dalam pernyataan kepada Pusat Maklumat Palestin (PIC), Hussein juga mengutuk kempen negatif yang dilakukan oleh beberapa wartawan Mesir terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza. “Bagaimana jika Uganda membina sebuah empangan di Sungai Nil dan menghalang air dari masuk ke Mesir atas dalih kedaulatan?” beliau bertanya.

Penulis menunjuk kepada pendapat undang2 yang dikeluarkan oleh kebanyakan ahli undang antarabangsa yang menegaskan bahawa tembok ini secara jelas melanggar undang2 antarabangsa.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx