Categories
Berita Semasa

Pihak rejim Zionis halang lawatan menteri Belgium ke Gaza.

Rabu, 27/01/2010 – Pihak rejim Zionis pada Ahad lepas menghalang lawatan Menteri Kerjasama dan Pembangunan Belgium, Charles Michel (gambar) ke Semenanjung Gaza dengan alasan bahawa lawatan tersebut akan memberi pengiktirafan terhadap pemerintahan Hamas.

Menteri tersebut berkata pada Ahad lepas, selepas perjumpaannya dengan Timbalan Menteri Luar Negeri Israel, Danny Ayalon, bahawa permohonannya untuk melawat Gaza adalah sejajar dengan usaha untuk membantu penduduk di semenanjung itu.

Michel turut berkata bahawa tindakan pihak berkuasa Israel itu tidak boleh diterima dan beliau akan membangkitkan isu ini kepada Kesatuan Eropah. Menurutnya lagi, beliau ada meminta Ayalon membantu memastikan bantuan kemanusiaan dapat sampai ke Gaza yang berada kepungan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa