Categories
Berita Semasa

Hamas ucap takziah kepada mangsa pesawat terhempas di Lubnan.

Selasa , 26/01/2010 – Hamas Isnin lalu mengucapkan takziah dan menyatakan simpati yang mendalam berikutan pesawat Habsyah yang terhempas di luar pantai Lubnan hanya selepas beberapa minit berlepas dari lapangan terbang antarabangsa Beirut.

Ali Baraka yang bertanggungjawab dalam urusan politik di pejabat Hamas, Beirut dalam satu kenyataan akhbar berkata rakyat Palestin bersimpati dengan warga Lubnan terutamanya keluarga mangsa yang hilang dan terkorban.

Beliau memanjangkan tanda simpati itu kepada Presiden Lubnan, Perdana Menteri, speaker parlimen, kerajaan dan saudara-mara mangsa. Baraka berharap pasukan penyelamat dapat mencari mangsa yang terselamat dikalangan mangsa kemalangan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79