Categories
Berita Semasa

Obeid: Stesen janakuasa elektrik Gaza akan dihentikan Khamis ini.

Rabu, 27/01/2010 –Satu-satunya stesen janakuasa elektrik di Semenanjung Gaza akan dihentikan operasinya menjelang Khamis ini kerana tindakan kesatuan Eropah (EU) mengentikan pembiayaan penghantaran bahan bakar ke semenanjung itu, menurut Kenan Obeid, timbalan pengerusi badan tenaga Palestin.

Dia merayu kepada negara-negara Arab, di dalam kenyataannya untuk PIC, dan juga kepada semua warga dunia yang bebas untuk bertindak segera bagi menyelamatkan semenanjung itu.

Obeid berkata separuh dari kapasiti stesen itu telah dihentikan Isnin lalu kerana Israel telah menghentikan pembekalan bahan bakar ke semenanjung itu untuk digunakan bagi operasi stesen itu.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil