Categories
Berita Semasa

Dweik : Majlis Perundangan Palestin (MPP) masih teruskan tugas seperti tertakluk dalam asas perlembagaan.


Rabu, 27/01/2010 –Dr. Aziz Dweik, jurucakap Majlis Perundangan Palestin (MPP) berkata pada Ahad lepas bahawa majlis itu masih menjalankan tugas-tugas parlimen seperti yang termaktub dalam asas perlembagaan.

Dalam satu sidang media yang diadakan di Ramallah, beliau berkata bahawa artikel 47 yang termaktub dalam perlembagaan Palestin menyatakan bahawa mandat MPP berakhir apabila anggota majlis yang baru mengangkat sumpah.

Beliau menyatakan lagi kesetiaannya terhadap demokrasi berlandaskan penghormatan terhadap undang-undang perlembagaan, pemisahan kuasa, peralihan kuasa secara aman, perbezaan fahaman politik dan kebebasan setiap individu untuk menyertai politik serta membuat keputusan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa