
Khamis, 28/01/2010 –54 orang ahli Kongres Amerika menggesa Presiden Barrack Obama agar mendesak Israel menghentikan sekatan ke atas Gaza yang telah berlaku sejak 4 tahun lalu.
Kenyataan yang ditandatangani oleh lebih daripada 54 orang ahli Kongres Amerika tersebut menyatakan, sekatan ke atas Gaza itu menghalang tugas agensi bantuan kemanusiaan yang perlu memastikan keperluan asasi mangsa dipenuhi.
Ahli kongres yang menurunkan tandatangan berkata, “Kepungan ke atas Gaza didakwa untuk menyekat operasi pengganas, namun sebenarnya ialah satu hukuman berbentuk kolektif kepada rakyat Palestin di Gaza.”
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : asyraff