
Khamis, 28/01/2010 – Ramai pelajar di Tebing Gaza mengimpikan pendidikan yang lebih tinggi di luar tetapi Tembok Israel-Mesir menghalang mereka untuk meneruskan perjananan.
Ratusan graduan Gaza menerima biasiswa untuk menghadiri universiti di luar, tetapi terperangkap pada impoverished coastal enclave. Jika mereka tidak dapat pergi, mereka akan kehilangan biasiswa mereka.
Ayman Quader adalah salah seorang daripada pelajar ini. Dia menamatkan ijazah dan diberikan biasiswa, tetapi tidak dapat meninggalkan Gaza. Penggal pertama biasiswanya bermula februari. Quader memohon sesiapa yang perihatin dengan masalah kemanusian di Gaza untuk membantu dia dan rakannya yang mahu masadepan yang lebih cerah di perndidilau luar negara.
Israel mengenakan kawalan ketan di Tebing Gaza sejak 2007, menghalang penghantaran makanan, minyak dan keperluan lain ke wilayah berpenduduk, memaksa penduduk kepada kebuluran. keadaan lebih buruk apabila Mesir enggan membuka pintu lsempadan Rafah — Satu satunya sempadan yang tidak dikawal Israel.
Para Akademik di Gaza menegaskan pergi keluar negara adalah satu hak asasi pelajar dan tidak patut dipengaruhi masalah politik. “Saya kecewa , Sebagai pendidik saya kecewa kerana pelajar saya kehilangan peluangkeemasan untuk menyambung pembelajaran mereka di luar negara,” kata pendidik di Universiti Gaza, Akreem Habeeb.
Habeeb menyatakan kekesalannya bahawa ramai pelajarnya mendapat biasiswa daripada Eropah danAmerika tetapi hilang peluang kerana tidak dibenarkan keluar daripada Tebing Gaza. “Para pelajar hidup dalam kerisauan takut kehilangan tempat mereka di universiti,” Menteri Pendidikan Gaza Ahmad al-Najjar memberitahu Press TV, memberi amaran “masa depan mereka dalam bahaya besar.”
Pelajar di Tebing Gaza telah mengadakan beberapa protes menentang sekatan terhadap tanah air mereka., menyeru pihak berkuasa Mesir untuk bekerjasama menyediakan perjalanan ke luar negara mereka, mahukan kejatuhan ‘telinga pekak’ di Kaherah.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : hasbullah
One reply on “Sekatan di Gaza menyekat masa depan para pelajar.”
Maaf atas kesilapan
sepatutnya semenanjung Gaza, bukan Tebing Gaza.