Categories
Berita Semasa

Agha : Israel sebabkan banjir di lembah Gaza untuk memusnahkan alam sekitar.

Khamis, 28/01/2010 – Menteri Agrikultur Palestin, Dr. Ramadhan Agha berkata pada Rabu lepas bahawa banjir di lembah Gaza sengaja dicipta oleh Isreal untuk menyebabkan bencana alam sekitar dan memusnahkan pertanian penduduk di lembah Johr Al-Deek dan Al-Maghraqa.

Dalam satu simposium berkaitan banjir di lembah Gaza yang dianjurkan oleh kementeriannya, Dr. Agha mendakwa bahwa Israel pernah membuang sisa-sisa kimia di bahagian timur lembah itu dan apabila mereka membuka pintu mencegah banjir di salah satu empangan, semua sisa-sisa kimia itu dihanyutkan oleh air banjir sehingga mencemarkan tanah dan air.

Menteri tersebut memaklumkan bahawa kerugian secara langsung dan tidak langsung kepada sektor agrikultur di lembah Gaza akibat banjir itu dianggarkan melebihi $1,000,000.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa