Categories
Berita Semasa

Israel tuduh Erdogan hasut Anti Israel.

Khamis, 28/01/2010 – Kementerian Luar Israel, Selasa (26/1), mengeluarkan laporan berkaitan hubungan Israel dengan Turki yang diserahkan kepada beberapa menteri dan wakil Zionis-Israel di luar negeri. Laporan itu berkaitan kritikan keras terhadap Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan yang dituduh melakukan hasutan secara terbuka anti-Israel dan menyokong anti-semit. Perdana menteri Zionis-Israel turut menerima laporan itu.

Kerajaan Zionis-Israel menuduh Erdogan merupakan punca segala permasalahan hubungan Turki denagan Israel. Erdogan dikatakan telah bertindak melebihi batas toleransi Zionis-Israel. Erdogan berjaya mempengaruhi pemikiran dan pandangan masyarakat Turki terhadap Zionis-Israel. Sikap Zionis-israel yang zalim, menindas rakyat dan tidak berperikemanusiaan telah dibongkar. Masyarakat Turki kini sedar dengan sikap dan pendirian Zionis-Israel hasil daripada penerangan sebenar oleh pimpinan kerajaan Turki.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif