
Khamis , 28/01/2010 – MP Hamas Mushir Al-Masri kesal dengan penegasan presiden Mesir Hosni Mubarak bahawa kerajaannya akan tetap meneruskan pembinaan tembok besi di sepanjang Semenanjung Gaza.
Masri dalam satu kenyataan akhbar pada hari Ahad lalu berkata yang penegasan itu adalah bertentangan dengan kenyataan terdahulu Mubarak yang dia tidak akan membiarkan rakyat Gaza kebuluran.
MP tersebut juga menuduh bahawa desakan rakyat Mesir ke atas pembinaan tembok tersebut sangat bertentangan dengan nilai-nilai kemanusiaan, dan menambah, “Kami menjangkakan selepas empat tahun pengepungan dan setahun terlibat dengan perang Israel, pihak Mesir akan mengambil satu tindakan berani, tetapi terkejut dengan tindakan susulan yang sangat bertentangan ini”.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez