Categories
Berita Semasa

(Terkini) 15 warga Palestin ditangkap malam tadi.

Khamis , 28/01/2010 – Tentera penceroboh Israel telah menahan 15 warga Palestin di Tebing Barat malam tadi dan awal pagi ini. Pasukan penceroboh Israel mendakwa para tahanan itu sangat “dikehendaki”. Tentera itu menahan mereka disebabkan curiga kerana mempraktikkan kegiatan anti-Israel, kata juruhebah radio Israel.

Mereka menyerbu desa Barqa di bandar Nablus dan menculik 6 penduduk Palestin iaitu Mohamaed Saif, Yafea Siaf, Ashraf Rasem, Walid Saif dan Fadi Abu Omar, sementara identiti tahanan keenam masih belum diketahui.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79