
Khamis , 28/01/2010 – Sekumpulan aktivis rakyat Palestin di London mengumumkan bahawa bangunan-bangunan yang rosak di Semenanjung Gaza selepas serangan Israel tahun lepas telah menunjukkan tanda-tanda pencemaran dengan Depleted Uranium.
“Bangunan-bangunan itu musnah dan ditinggalkan terbiar g selepas serangan Israel di Gaza telah dicemari oleh depleted uranium dan senjata yang sepadan dengannya”. Kata Sameh Habeeb, jurucakap Palestin Return Center di London.
Aktivis itu memetik pakar-pakar nuklear antarabangsa sebagai berkata yang bahan-bahan tercemar itu boleh memusnahkan dan berbahaya untuk penduduk Palestin dalam jangka masa yang panjang.
sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : rohiez