
Khamis , 28/01/2010 – Jurucakap pentadbiran Negara-negara Eropah, Shadi Othman membongkar rahsia bahawa Kesatuan Eropah (EU) telah menghentikan pembayaran bil-bil penghantaran bahan mentah yang digunakan untuk mengoperasi stesen janakuasa Gaza, sebenarnya adalah atas permintaan pihak berkuasa Palestin (PA) di Ramallah.
Othman memberitahu Agensi Berita Safa bahawa pegawai PA dan EU telah mengadakan perjumpaan pada November lepas untuk membincangkan tentang keutamaan pembiayaan dana. Pegawai PA telah meminta dana tersebut digunakan untuk membayar gaii para pekerja kerajaan dan pembantu sosial, dan bukannya untuk bahan mentah. Pegawai PA juga berjanji bahawa pihaknya akan bertanggungjawab penuh ke atas pembayaran bil-bil bahan mentah itu.
Berdasarkan anggaran rasmi, hampir kesemua kawasan di Gaza akan bergelap pada hari Rabu ini melainkan kuatiti diesel yang mencukupi dibenarkan dibawa masuk ke dalam Gaza.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa