Categories
Berita Semasa

Mubarak jumpa Barak di Sharm El-Sheikh.

Khamis , 28/01/2010 – Presiden Mesir Hosni Mubarak Rabu lalu mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Israel Ehud Barak di Sharm El-Sheikh, untuk membincangkan perkembangan terbaru wilayah Palestin, sambil Presiden mengulangi seruan beliau agar Israel menghentikan kepungannya ke atas Gaza.

Sumber diplomatic Mesir berkata Mubarak dan Barak akan membincangkan hasil keputusan dari lawatan terkini pegawai khas Amerika ke Timur Tengah George Mitchell, dan juga pertemuan beliau dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas. Perlu dinyatakan bahawa lawatan beliau tidak mencapai objektif disebabkan keengganan Israel untuk menghentikan penambahan penempatannya di Tebing Barat.

Pertemuan itu juga akan menyentuh tentang perjanjian pertukaran banduan dan percubaan Israel untuk Judaise Al-Quds, tambah beliau.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : aznil