
Jumaat, 29/01/2010 –Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh terus mengumpulkan informasi dan bukti dari keluarga syuhada Palestin yang mana organ-organ tubuh badan mereka dicuri oleh Zionis-Israel.
Kerajaan Palestin akan bawa isu ini ke mahkamah antarabagsa. Menteri kehakiman Palestin, Mohammed Faraj al-Ghoul menyatakan pihaknya sedang mengumpul maklumat dan dokumen-dokumen bagi mendakwa Zionis-Israel ke mahkamah antarabangsa. Pihak kerajaan Palestin turut mengiklankan dalam media agar sesiapa yang mempunyai maklumat agar tampil menyerahkannya kepada kerajaan Palestin.
Sejak kebelakangan ini terdapat banyak bukti termasuk rakaman video yang membenarkan kerja-kerja zalim oleh Zionis-Israel.
sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif