Jumaat, 29/01/2010 – Khalid Meshal, ketua Biro Politik HAMAS menegaskan kemerosotan peranan Mesir membuka pintu kepada tersebarnya pengaruh Iran dan Turki, sambil menegaskan HAMAS tidak akan menjadi alat kepada mana-mana kuasa.
Meshal berkata dalam temuramah yang disiarkan stesen kabel ‘Orbit’ pada petang Selasa (26/1) dari Damsyik, ibunegara Syria: “Kita tidak boleh menyalahkan orang lain jika pengaruhnya berkembang… Tetapi kita perlu menyalahkan diri kita sendiri jika pengaruh kita mengecil. Kita tetap mahu agar Mesir dan lain-lain negara Arab kembali memimpin. Ya, Iran mempunyai kepentingannya sendiri, begitu juga dengan Turki. Namun HAMAS tetap bebas dalam membuat keputusan, kerana kita memiliki organisasi yang kuat dan kepelbagaian sumber sokongan. Kita bukanlah senjata yang diupah.
Meshal juga menghargai sokongan Iran sambil menyebut bahawa HAMAS juga bersedia menerima bantuan daripada Kesatuan Eropah jika ia dibuat tanpa syarat.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir