
Jumaat, 29/01/2010 – Pertubuhan Waed yang memfokuskan tentang tahanan dan bekas tahanan mengalu-alukan kenyataan Perdana Menteri Palestin, Ismail Haneyya, yang mengisytiharkan tahun 2010 sebagai tahun untuk tahanan, sambil menyatakan yang langkah ini menyemarakkan lagi isu tahanan Palestin di penjara Israel.
Dalam kenyataan itu, pertubuhan itu menyatakan, isu tahanan memerlukan sokongan dan usaha berterusan masyarakat Palestin daripada pelbagai peringkat, sambil menyatakan untuk mempergiatkan aktiviti tahun ini berkenaan isu ini.
Perdana Menteri Haneyya mengisytiharkan 2010 sebagai tahun tahanan memandangkan tahun lalu adalah tahun untuk Jerusalem yang terjajah. Beliau menyatakan untuk membawa isu ini di peringkat antarabangsa melalui persidangan antarabangsa yang akan diadakan.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : WeWR