Categories
Berita Semasa

Akhbar Zionis: Israel ‘senang’ dengan pembunuhan al-Mabhuh.

Isnin , 01/02/2010 – Di bawah tajuk ‘lengan panjang’, akhbar Zionis yang diterbitkan pada hari Ahad (31/1) menyebutkan bahawa pembunuhan seorang pemimpin sayap tentera HAMAS Briged Izzuddin al-Qassam, iaitu Mahmud al-Mabhuh (Abu al-‘Abd) memperlihatkan situasi ‘gembira’ di Israel, sambil menjelaskan bahawa al-Mabhuh adalah antara pemimpin yang bertanggungjawab terhadap jaringan gerakan HAMAS dan sayap tenteranya semenjak ia berjaya menculik dua orang tentera Israel yang kemudiannya dibunuh pada tahun 1989 dan menyeludup senjata ke Semenanjung Gaza.

Akhbar berkenaan juga mengiktiraf bahawa pihak bertanggungjawab yang membunuh al-Mabhuh ialah satu kumpulan pembunuh terlatih yang melarikan diri dari Dubai beberapa jam sebelum mayatnya ditemui, setelah kumpulan itu berjaya memasuki biliknya di hotel dan mengenakan kejutan elektrik kepadanya, kemudian mencekeknya hingga mati.

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir