
Isnin , 01/02/2010 – Pihak berkuasa Mesir menahan Ketua Polis Ronda Khan Younis, Ibrahim Maarouf , sewaktu pulang selepas mendapatkan rawatan untuk ayahnya di luar negeri.
Satu sumber Palestin melaporkan bahawa pihak berkuasa Mesir membenarkan ayah beliau masuk ke Gaza tetapi bukan beliau dan sebalinya menahan beliau. Pihak Mesir enggan memberi sebarang alasan atas penahanan tersebut.
Dalam insiden yang lain, pihak Mesir meletupkan terowong bawah tanah di sepanjang kejiranan Barahma di bandar Rafah tanpa sebarang mangsa kecederaan.
Pergerakan bawah tanah semakin merosot akibat pembinaan tembok besi, kempen penahanan saudagar di sepanjang sempadan Rafah-Mesir serta pemusnahan terowong bawah tanah.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : anonymous