Categories
Berita Semasa

Perhimpunan di luar Kedutaan Mesir di Paris sebagai bantahan terhadap tembok Mesir.

Selasa , 02/02/2010 – Pertubuhan Sheikh Yassin pada Sabtu lepas telah mengadakan perhimpunan besar-besaran di hadapan Kedutaan Mesir di Paris bagi mendesak Mesir meleraikan kepungan terhadap Semenanjung Gaza dan menghentikan pembinaan tembok besinya.

Walaubagaimanapun, Kedutaan itu menutup pintu-pintunya manakala pegawai-pegawainya enggan mendengar permintaan yang dibuat oleh pertubuhan itu. Mereka yang hadir dalam perhimpunan itu melaungkan slogan menyokong perjuangan Palestin dan menggesa pengepungan yang zalim ke atas Gaza ditamatkan.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa