
Selasa , 02/02/2010 – 10 pemimpin Fatah pada Sabtu malam secara rasmi telah meletak jawatan kepada pimpinan pusat gerakan mereka di Nablus kerana memprotes sikap monopoliu dalam membuat keputusan dan tidak melakukan resolusi sebarang revolusi dalam kounsil.
Hazim Dukan, salah satu daripada mereka yang mengundurkan diri, mengatakan bahawa peletakan jawatan itu telah diserahkan kepada Mahmoud Al-Aloul, ahli jawatankuasa pusat, selepas semua pertemuan dialog dalam hal ini mencapai jalan buntu.
Dukan menambah bahawa para pemimpin Fatah yang meletakkan jawatan ini telah membuat beberapa tuntuan termasuk melaksanakan resolusi-resolusi dari Persidangan Keenam Fatah dan memperbaiki masalah-masalah kewangan wilayah, tetapi tidak berjaya. Dengan perletakan jawatan ini, tiada lagi perwakilan Fatah yang tinggal di kem pelarian Nablus.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : gunx