Categories
Berita Semasa

Mashaal bersumpah untuk membalas pembunuhan Mabhouh.

Sabtu, 06/02/2010 – Jumaat lalu, Khaled Mashaal, Ketua biro politik Hamas, telah berjanji untuk membalas dendam ke atas pembunuhan Mahmoud Al-Mabhouh di Dubai, dan mengingatkan Israel bahawa kegembiraan untuk jenayah ini tidak akan bertahan lama.

“Jika anda gembira untuk membunuh seorang manusia hebat yang pernah bergaduh dengan anda 30 tahun yang lalu dan dia telah membunuh beberapa askar anda yang gagah berani dan tidak bacul sebagaimana yang anda lakukan, percayalah bahawa kegembiraan ini akan terkecuali dan seketika saja bahkan kesakitan akan datang kepada anda, Mashaal menyatakan sewaktu majlis pengebumian bagi pegawai Kanan Hamas di Damsyik.

“Anda mencederakan kami, tetapi kita mencederakan anda dan ini merupakan satu perang terbuka yang tidak akan menghalang sehingga anda meninggalkan tanah kami. Kami yakin yang kami akan dapat mengalahkan anda. Perang ini sudag lama, tetapi kami yakin akan hasilnya,” tekan pemimpin politik Hamas.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez