
Sabtu, 06/02/2010 – Khaled Mashaal, ketua biro politik Hamas, Ahad lalu menyeru negara-negara Arab untuk menganjurkan satu mesyuarat sejujurnya untuk pihak-pihak bertelagah Palestin di Kaherah dan menghormati hasil perjanjian mesyuarat sekiranya mereka mahu pendamaian nasional menjadi kenyataan.
“Kumpulkan kami di Kaherah dan pilih sesiapa dari benua Arab untuk turut hadir dan anda akan lihat pendamaian dicapai,” Mashaal berkata di majlis berkabung untuk pegawai Hamas yang dibunuh, Mahmoud Al-Mabhouh di Damaskus.
Dia menambah setiap perkara yang dipersetujui akan ditandatangan dan maka ianya mesti dihormati oleh seluruh liga Arab.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil