
Sabtu, 06/02/2010 – HAMAS menegaskan Mahmoud Abbas, ketua pentadbiran yang sudah tamat tempohnya tidak lagi mewakili rakyat Palestin dan tidak layak untuk menjadi wakil yang mengemukakan hasrat dan harapan mereka.
Dalam satu kenyataan bertulis yang diterima oleh Pusat Media Palestin pada petang Isnin (2/1), HAMAS menganggap kenyataan Abbas yang menerima untuk memulakan semula rundingan damai dengan syarat pembinaan penempatan Yahudi dibekukan selama 3 bulan, HAMAS menganggapnya sebagai langkah yang menunjukkan jiwa yang mengalami kekalahan dan hanya mencerminkan pandangan peribadinya sendiri, yang terencat daripada kebiasaan jalan perjuangan yang selalunya diambil oleh Fatah sebelum ini, yang telah mengorbankan ribuan para syuhadak demi perjungan kemerdekaan.
HAMAS memberikan amaran terhadap tindakan kembali ke meja rundingan sia-sia yang hanya melaksanakan kehendak Amerika dan memenuhi kepentingan Zionis bagi melindungi tindakan mereka yang mahu meneruskan pembinaan kawasan penempatan dan proses menyahudikan bandar al-Quds. HAMAS juga menegaskan bahawa pendirian Abbas dianggap langkah ke belakang yang mengaibkan dan sebagai tanda yang menunjukkan betapa Abbas yang pasukan ‘Oslo’ bersedia untuk berkompromi dari sudut politik dan tunduk kepada tekanan Zio-Amerika.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir