Categories
Berita Semasa

Pemimpin Arab bakal dihadapkan ke mahkamah.

Ahad,  07/02/2010 – Pemimpin Arab minoriti dalam kerajaan Israel diberi amaran akan diserang dan menghadapi risiko dihadapkan ke mahkamah, dengan sokongan sayap kanan kerajaan Benjamin Netanyahu, demi menyekat aktiviti politik mereka.

Amaran itu dikeluarkan selepas seorang pemimpin Druze dalam parlimen Israel, dilucutkan imuniti minggu lepas, untuk membolehkan beliau didakwa kerana melawat Syria 3 tahun lalu. Kebelakangan ini, pendakwaan mahkamah telah dilakukan kepada 2 orang lagi pemimpin politik Arab, selepas demonstrasi berlaku terhadap pihak keselamatan Israel, menentang penjajahan. Tekanan itu dijangka semakin merebak kepada 2 orang lagi ahli parlimen Arab yang akan disiasat dan didakwa.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah :  asyraffdini