Categories
Berita Semasa

Abbas hanya mahu berbincang dengan Israel berbanding Hamas.

Isnin , 08/02/2010 – Fawzi Barhoum, jurucakap Pergerakan Hamas di Semenanjung Gaza Ahad lalu menyatakan bahawa perhatian utama Mahmoud Abbas adalah berbicang dengan Israel dan bukannya Hamas.

“Beliau (Abbas) ingin kembali mengadakan rundingan dengan penceroboh Israel daripada membuka lembaran baru dengan warga Palestin dari Pergerakan Hamas dan kumpulan Palestin yang lain,” kata Barhoum dalam siaran akhbar yang dikeluarkan Selasa lalu.

Barhoum juga menuduh Abbas mengingkari semua syarat sebelum ini untuk meneruskan rundingan tidak bermanfaat dengan Israel ketika beliau kini sibuk mencari jalan keluar dari dilema yang menempatkan dirinya dengan keadaan tersebut.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79