Categories
Berita Semasa

Bahan bakar untuk membekal tenaga bagi Gaza cuma cukup untuk 24 jam.

Isnin , 08/02/2010 – Lembaga Tenaga Palestin mengumumkan bahawa salah satu penjana dalam stesen janakuasa elektrik Gaza telah berhenti berfungsi Sabtu lalu akibat kekurangan bahan bakar dan jumlah bahan bakar yang ada cuma dapat menampung operasi stesen itu hanya untuk 24 jam lagi.

Lembaga itu dalam satu kenyataannya, berkata kuasa yang dijanakan oleh stesen itu telah turun sehingga 30 megawatt, sambil memberi amaran yang wilayah-wilayah Gaza akan terputus bekalan elektrik untuk jangka masa yang panjang. Ia menjelaskan masalah ketiadaan bekalan elektrik telah mencecah 50% dan akan mencecah 60%.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  aznil