Categories
Berita Semasa

Taha: Keadaan di Tebing Barat tidak membantu merapatkan hubungan.

Isnin , 08/02/2010 – Aiman Taha, seorang pimpinan HAMAS menegaskan apa yang berlaku di Tebing Barat akan menyebabkan langkah pembinaan kepercayaan di antara Fatah dan HAMAS terbantut dan tidak menyumbang kepada penamatan perpecahan yang sedang berlaku. Beliau merujuk kepada bentuk tindakan dan hubungan yang dilakukan oleh Fatah terhadap para pemimpin dan anggota HAMAS.

Beliau berkata dalam satu kenyataan khas yang disampaikan kepada Pusat Media Palestin pada hari Ahad (7/2): “Sambutan baik yang diberikan kepada Dr Nabil Sha’th, anggota jawatankuasa pusat Fatah, adalah disebabkan prinsip dan etika akhlak yang dimiliki oleh HAMAS dan kerajaan sah yang diketuai oleh Ismail Haneyya di Sememnanjung Gaza.”

Beliau seterusnya menegaskan niat baik HAMAS tersebut, namun beliau menyatakan kekesalan “kerana kami tidak diberikan layanan yang sama di Tebing Barat, kerana para pimpinan dan anggota kami di sana sentiasa menerima penindasan daripada pihak berkuasa.”

sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir