Rabu , 01/06/2005 –Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri menyatakan menolak sepenuhnya untuk menghentikan serangan terhadap Zionis-Israel. Beliau berasa sungguh hairan dengan kernyataan presiden Palestin itu yang meminta untuk menghentikan serangan walaupun dalam keadaan Zionis-Israel terus melakukan serangan terhadap rakyat Palestin.
Seperti yang dikeluarkan Markaz filistini lili?lam, menyatakan pengalaman rakyat Palestin membuktikan bahawa Zionis-Israel hanya dapat dihadapi dengan kekerasan dan penentangan. Fatah sendiri memilih cara untuk menentang ZIonis-Israel melalui sayap tentera mereka ?Brigade Syuhada Al Aqsha?.
Sementara itu, seorang pimpinan gerakan Hamas Muhammad Nazzal menegaskan bahawa kenyataan Presiden Mahmood Abbas itu hanyalah pandangan peribadi yang tidak mewakili seluruh rakyat Palestin. Rakyat Palestin tidak akan mengambil langkah lain selain berjihad untuk syahid sekiranya pendekatan politik gagal membuahkan hasil.