Khamis , 02/06/2005 –Penduduk Israel yang juga merupakan rejim Zionis pagi semalam telah menembak seorang rakyat Palestin, Jaber Yousef Beni Jaber yang kurang upaya berumur 36 tahun di perkampungan Aqraba, timur Nablus.
Sumber tempatan berkata, penduduk Israel daripada penempatan Etmar melepaskan tembakan pada Jaber dan 6 butir peluru mengenainya.
Sementara itu , semalam di Betlehem, rejim Zionis membakar tanah pertanian rakyat Palestin di perkampungan Hossan.
Sumber berkata, kebakaran itu melibatkan kemusnahan besar pada tanaman buah zaitun dan anggur.