Categories
Berita Semasa

Suruhanjaya kepada pemimpin Arab: Isytihar Jerusalem zon bencana.

Selasa , 09/02/2010 – Suruhanjaya Islam Kristian yang ditubuhkan untuk menjaga Jerusalam dan tempat-tempat ibadat yang lain memberi amaran bahawa proses pengyahudian kawasan-kawasan tersebut telah masuk ke fasa kritikal.

Setiausaha suruhanjaya tersebut Hasan Khater memberitahu sidang media pada hari Ahad bahawa sekumpulan ahli parlimen yahudi Israel telah membentuk kumpulan penlobi untuk menyokong proses tersebut dan ini merupakan satu insiden yang sangat serius dimana semua rakyat Israel mahu Jerusalam dijadikan ibu negara mereka yang tetap.

Beliau menekankan keadaan semasa seperti perselisihan di antara kumpulan Palestin, kemampuan Palestin yang lemah serta ketiadaan sokongan Arab atau Islam dalan pendirian mengenai bandar tersebut membantu proses pengyahudian itu.

Belia menggesa kepada para pemimpin Arab yang akan bersidang di Libya pada bulan Mac ini untuk membuat satu resolusi tegas mengenai Jerusalam termasuk mengisytiharkan sebagai zon bencana tambahan kepada zon jajahan yang sedia ada.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah :  anonymous