Categories
Berita Semasa

Mesir mula bangunkan tembok pemisah perairan di sempadan Gaza.

Selasa , 09/02/2010 – Media Mesir hari ini melaporkan terdapat saksi di Rafah yang menyebutkan kerja-kerja pembangunan tembok pemisah di perairan sempadan Gaza oleh kerajaan Mesir telah di mulakan. Jentera-jentera berat telah berada di situ dan kerja-kerja menambak telah dijalankan.

Menurut kerajaan Mesir, ini adalah kerja membangunkan pelabuhan dan juga bertujuan mengatasi yang dianggap masalah penyeludupan oleh rakyat Palestin.

Mesir juga telah merancang pelan keamanan di sempadan laun dan darat. Disamping itu juga, Mesir mendakwa pembangunan tembok ini adalah untuk melindungi kapal-kapal nelayan Mesir dari serangan Israel.

sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif