Selasa , 09/02/2010 – Pergerakan Hamas mengesahkan pada Ahad lalu bahawa respon mereka di dalam laporan Goldstone tidak mengandungi sebarang permintaan maaf. Pergerakan itu juga menegaskan bahawa penduduk Palestin berhak mempertahankan diri mereka dan menentang pencerobohan Israel.
Dengan keras, Hamas menyelar kenyataan jurucakap Fatah di Tebing Barat dan mendakwanya sebagai fitnah oleh Israel yang ingin menjejaskan imej Hamas.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad lepas, Hamas berkata, “Mereka yang meminta Hamas meminta maaf kepada penduduk Palestin dan bukannya Israel adalah pembohong atau berniat jahat kerana maklumat yang mereka terima adalah tidak benar dan direka oleh media Hebrew.”
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : salwa
3 replies on “Hamas: Kami tidak akan respon terhadap percanggahan jurucakap Fatah.”
sampai bila pemimpin dunia islam mahu berdialog dan berjabat tangan dgn zionis laknatullah?sampai bila kita harus melihat umat islam disembelih?sampai bila jihad ilmu,ekonomi,hawa nafsu akan berakhir dan ditukar dgn jihad al-qital pula?disaat tentera zionis membantai umat islam,kita masih berjihad hawa nafsu.ketahuilah selagi kita masih bernyawa,selagi itulah jihad hawa nafsu xkan berakhir.sedangkan jihad al-qital pd hanya waktu-waktu tertentu.para sahabat berjihad hawa nafsu setelah kembali dr medan perang,sedangkan kita menolak utk berjihad dgn pelbagai alasan.kenapa kita tidak berjihad dgn semua jihad yg ada,dan mengikut kesesuaian waktu dan masa?kenapa kita mengambil t/jawab lain utk mengelak t/jawab yg lain?sedangkan t/jawab itu perlu dipenuhi secara berturutan?kenapa takut dgn kalimah JIHAD?sy bkn mngejar mati,tp lihatlah apa yg berlaku di palestin dan t/jawab kita.dan jika kita masih di takuk lama.maka,saksikanlah drama air mata ini hingga ke anak cucu kita.katakan pd mereka,itu sudah nasib mereka,tiada apa yg mampu dibuat oleh kita
Std bro, seingat sayalah semasa persidangan OIC di Malaysia suatu masa dulu, Dr Mahmud Zahar hadir tapi yg kerajaan kita layan wakil dari Fatah. Rasanya takut dgn tekanan Amerika kot.
mereka kata demokrasi bagus, dan kebanyakkan negara islam mengikuti saranan tersebut utk menunjukkan negara mereka moden seiring negara barat..tapi…bila parti islam menang di negara masing2.hak mereka dinafikan spt fatah(palestin),FIS(algeria),AKP(turki),Ikhwan(mesir) dll.jd demokrasi ini untuk apa?jawapannya utk parti yg mengikut telunjuk dan melangsung dasar2 mereka