Selasa , 09/02/2010 – Tentera Rejim Zionis telah menyerbu rumah penduduk Palestin Ismail Abu Tamie, seorang pemimpin politik Hamas di bandar Jenin, utara Tebing Barat, pada hari Isnin, menurut sumber-sumber tempatan.
Sumber tersebut juga menambah bahawa tentera rejim Zionis telah mengawal rumah Abu Tamie sebelum menyerbu dan menggeledahnya, hingga menakutkan isteri dan anak-anak beliau walaupun tiada penangkapan dilakukan.
Sementara itu, pihak guaman Palestin dari pergerakan Hamas di Tebing barat telah menyelar penahanan Muntaha Al-Taweel, 45, isteri kepada datuk bandar Al-Bireh Jamal Al-Taweel pagi Isnin lalu, sambil menyifatkan penahanan wanita Palestin itu sebagai ‘mengerikan’.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : aznil