Categories
Berita Semasa

Khudari memuji sokongan Turki untuk ketabahan Gaza.

Rabu , 10/02/2010 – Isnin lalu, MP Jamal Al-Khudari, ketua jawatankuasa popular menentang pengepungan, telah menggambarkan kerajaan Turki , institusi-institusi dan rakyatnya sebagai satu contoh mulia yang telah memberikan sokongan yang tiada batasan untuk penduduk Palestin.

Khudari sewaktu di majlis perasmian sebuah pejabat untuk Yayasan Dermawan Rakyat Turki Yardim di Bandar Gaza, berkata bahawa kerajaan Turki telah memanjangkan sokongan moral dan politik yang tidak berbelah bahagi kepada Palestin.

Beliau berkata bahawa rakyat Turki telah mempamerkan prinsip mulia dengan memberikan sokongan kepada penduduk Palestin terutama sekali dalam perhimpunan-perhimpunan menentang pengepungan di Gaza.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : rohiez