Categories
Berita Semasa

Demonstrasi membantah lawatan Ayalon,Timbalan Menteri Luar ‘Israel’ ke London.

Rabu , 10/02/2010 – Puluhan warganegara Britain berketurunan Arab dan Palestin yang tinggal di London berkumpul di depan institut kajian strategik antarabangsa Selasa lalu bagi memprotes lawatan Timbalan Menteri Luar Israel, Daniel Ayalon ke Britain.

Mohammed Sawalha selaku ketua inisiatif Islam di Britain dalam Quds Press mengatakan bantahan yang dianjurkan oleh forum Palestin bersama inisiatif Islam bagi “menghentikan perang” ditujukan untuk menentang kunjungan Ayalon.

Beliau menambah pegawai Israel itu mewakili sebuah “kerajaan penjenayah” yang terlibat dalam “pembersihan kaum terhadap penduduk Palestin di Baitulmuqaddis dan jenayah perang di Gaza”.

sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : hijjaz_79

One reply on “Demonstrasi membantah lawatan Ayalon,Timbalan Menteri Luar ‘Israel’ ke London.”

Comments are closed.