Isnin , 06/06/2005 –Ketua Ulama Palestin, Syeikh Tayseer Al-Tamimi memberi amaran akan niat jahat rejim Zionis utk menyerang Masjid Aqsa.
Beliau melihat rejim Zionis berbuat ini bagi melihat sejauh mana reaksi rakyat Palestin untuk mempertahankan tempat ketiga suci bagi
umat Islam ini.
“Mereka memantau reaksi umat Islam seluruh dunia jika adanya serangan rejim Zionis terhadap masjid Aqsa untuk membina kuil dan mereka sekarang sedang menanti saat yang sesuai untuk
meruntuhkannya.”
Beliau menyarankan umat Islam seluruh dunia untuk berpuasa sunat pada hari Isnin dan berdoa kepada Allah agar masjid Aqsa diselamatkan.
Syeikh Tamimi juga sedih akan kebisuan umat Islam seluruh dunia akan isu ini.