Categories
Berita Semasa

Kem Pelarian Gaza: Kemiskinan dan tiada Privasi.

Rabu , 10/02/2010 – Gaza adalah kawasan berpenduduk paling padat di dalam dunia. Sebilangan besar pelarian palestin tinggal di lapan kem pelarian selepas Al-Nakba sejak 1948 di bandar Gaza. Jarak yang rapat di antara rumah dengan jarak yang amat kecil untuk memisahkan mereka. Ruang yang rapat tidak cukup untuk seorang dewasa untuk lalu- dan tak cukup privasi dan kerahsiaan di dalam rumah .

Wanita Palestini, Puan. Al-Farah, 56, telah tinggal di kem pelarian yang maha padat di Dair Al-Balah bertahun-tahun. Dia mengeluh kehidupan yang terlalu sesak sehinggakan pintu rumahnya bertentangan dengan tingkap rumah jirannya. Hanya 50sm memisahkan antara rumahnya dengan jirannya dan mereka berkongsi dinding yang sama, jadi dia sengsara dengan kekurangan privasi di dalam rumahnya sendiri.

Dia berkata: “Jiran saya daripada empat penjuru tahu apa yang saya masak dan apa yang saya simpan di dalam dapur saya.Sehinggakan mereka boleh dengar apa yang saya perbualkan dengan anak saya.”

sumber : The Palestine Telegraph

penterjemah :  Hasbullah