Categories
Berita Semasa

Delegasi Hamas tiba di Moscow untuk mengadakan perbincangan.

Rabu , 10/02/2010 – Wakil Hamas yang diketuai oleh pemimpin politik, Khaled Meshaal, tiba di Moscow pada Isnin. Meshal dan rombongan tiba di Kementerian Luar Rusia untuk dialog bersama Menteri Luar, Sergei Lavrov.

Wakil Hamas di Lubnan, Osama Hamdan yang turut menyertai rombongan berkata, “Di Moscow, Meshaal bercadang untuk berbincang mengenai isu dialog dalam antara Palestin, situasi pendudukan Arab dan Israel, selain situasi di Semenanjung Gaza yang menghadapi lebih setahun kekejaman Israel.”

“Kami bertemu untuk melanjutkan perbincangan dan matlamat utama kami adalah untuk menyambung usaha Mesir menyatukan Palestin, ” kata Lavrov kepada pemberita pada permulaan dialog dengan pemimpin politik Hamas, Khaled Meshaal.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : asyraffdini