Al Aqsa Kembali Tenang

Rabu , 08/06/2005 –Keadaan kembali tenang di masjid Al Aqsa setelah seramai 70 orang Zionis-yahudi keluar dari kawasan tanah haram tersebut.

Mengikut Aljazeera, jemaah solat kaum muslimin mengatakan bahawa kumpulan ekstrem Zionis-yahudi itu masuk ke masjid dengan perlindungan polis Zionis-Israel. Sementara itu, polis Zionis-Israel menyatakan bahawa yang masuk ke masjid Al Aqsa itu bukanlah puak Yahudi ekstrim yang mengancam untuk menyerang masjid suci itu.

Sementara itu, presiden Palestin, Mahmod Abbas mengingatkan kesan buruk yang bakal menimpa jika serangan terhadap masjid Al Aqsa itu berlaku. Beliau turut kepada pemerintah Zionis-Israel dan dunia antarabangsa untuk menghentikan perbuatan terkutuk itu.